Pages

Monday, November 19, 2012

AKEPT 2nd GLOBAL AYRC at Holiday Inn Malacca

Assalamualaikum...

Our very first conference...

AKEPT 2nd Global Annual Young Researchers Conference and Exhibition 2012 on 29-31 October 2012... Located at Holiday Inn Hotel, Melaka.. If you never been here, it is situated at Bandar Hilir, somewhere near The Jetty and Mahkota Parade.. A very good hotel for a very happening family vacation...



Enjoy the pictures...








So now, greenbox already published on a conference prosiding...

Pray for us...

Green Box: Karnival Inovasi dan Teknologi

Assalamualaikum...

Another exhibition we attend at Kompleks Belia dan Sukan, Paroi Negeri Sembilan... 1 hour of driving from UiTM Melaka (if you follow speed limit, beware of AES).. Hoho... 20 October 2012 was the chosen date...


This is call determination to the max! Even at this hot place, we still give our best for this exhibition...

Modified proton cars... Awesome right?

Looking at this advertisement? No! This is their exhibition about green technology...

UiTM Melaka booth...

Princess? The silver surfer princess maybe laa....

Our team members that was here during the exhibition...

Mr Zakimi always wanted to become an astronout!

Green! Green! Green! We always want this!

Always... Green! For more beautiful and peaceful world!

Green Box: Jejak Inovasi Negeri Melaka 2012

Assalamualaikum..

8 until 10 September 2012, we are here at MITC Melaka attending Program Jejak Inovasi Negeri Melaka... Most of representative from IPT, schools and college were here exhibit all their producs..

Semasa waktu perasmian..

Mr Idham with his beloved students...


Our team members.. Someone just change physically right then.. Hoho..

At this time, people from MOSTI just come.. And they are interested in this product... Good explanation from our leader, plus this our first time...

See his ambitionous(right spelling?)  face? Hahaha...

We gain lots of experience from here... Thanks to MOSTI for this opportunity...

Sunday, September 30, 2012

Green Box

KIK UiTM Melaka; Oktober 2012
KIK UiTM Zon Selatan; Oktober 2012
RIID UiTM Melaka; November 2012

Doakan Kami... Merealisasikan Melaka Bandar Teknologi Hijau

Wednesday, July 20, 2011

Dokumentari Melaka Maju



Sebuah dokumentari 'indie' yang berkisar tentang Negeri Melaka yang sedang mengecapi kemajuan seiring dengan gelaran Bandaraya Warisan Dunia yang diisytihar oleh UNESCO.
Dokumentari ini dihasilkan oleh 6 orang  anak muda:
                                                                                                -Mohamad Idham Md Razak
                                                                                                - Muhammad Nasrun Bin Zaidi
                                                                                                - Nik Muhammad Hafiz Nik Razali
                                                                                                -Muhammad Al-'Azim Bin Othman
                                                                                                -Raja Hurairah Emirruddine Raja Ahmad
                                                                                                - Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad

Renaissance Melaka Hotel

Presidential Suite: by Renaissance Melaka Hotel

Fitness Centre: by Renaissance Melaka Hotel

Villa Manja Spa Stone Massage: by Renaissance Melaka Hotel
 
This Renaissance Melaka Hotel is the first Renaissance hotel in Asia, situated in the heart of the historical city of Melaka, blending old-world charm with modern luxuries and attentive business services. The cultural and heritage sites like St Paul's Hill, Stadhuys buildings, Jonker Street, Kampung Morten and Malacca River are all located near Renaissance Melaka Hotel. 
 
Our 294 comfortable guest rooms distinctively equipped with luxurious furnishings, high-speed Internet, in-room safe and Renaissance Revive bedding. After a busy day, you can relax by the swimming pool while enjoying with stunning sunsets or take a moment for yourself in our state-of-the-art, well-equipped fitness centre. 
 
Diverse dining options abound in the hotel itself including our award-winning Long Feng Chinese Restaurant and Olio Italian Restaurant. Whether you're planning a meeting, conference or wedding, you can rely on our meeting planner's expertise to make your next event a success!

Equatorial Hotel

The room: by Equatorial Hotel

The lobby: by Equatorial Hotel

Swimming pool: by Equatorial Hotel
 
Melaka, just one and a half hours South of Kuala Lumpur and a two hours drive from Singapore is rich in history, culture, heritage and tradition. Boasting famous historical sites which date back to the 1500s, Melaka is a potpourri of unique cultures and cuisines.  Standing in the hub of Melaka city is the Hotel Equatorial Melaka, a 5-star international business class hotel that is within walking distance to the main business, shopping and entertainment districts.

Bringing you the allure of historical Melaka with modern day conveniences, this 5-star 22-storey international business hotel features 496 luxuriously furnished rooms with each room offering a generous view of the Straits of Melaka or historical St. Paul's Hill.


Apart from the large selection of dining and entertainment outlets, the hotel also prides itself in offering the biggest and most advanced meeting and banquet facilities in Melaka.  The banqueting and catering team is famed for its versatility in accommodating theme dinners.

Saturday, July 16, 2011

Kubu st. John







Kubu St. John

Selain Kota A famosa, Menara Taming Sari, Kubu st. John juga menjadi pilihan pelancong atau pun rakyat tempatan kita sendiri untuk dikunjungi. Selain daripada salah satu daripada peninggalan sejarah, Kubu ini juga mempunyai landskap yang sangat menarik.
Kubu St. John yang telah dibina semula oleh pihak Belanda dalam abad ke-18, suatu masa dahulu merupakan gereja kecil milik persendirian orang Portugis bagi memperingati Baptis St. John.
Kubu ini mempunyai suatu ciri yang menarik iaitu meriam-meriamnya menghadap ke daratan memandangkan pada satu ketika dahulu, serangan luar ke atas Melaka kebiasaannya datang dari daerah pedalaman berbanding dari laut. 
Tarikan lain untuk orang ramai ialah pemandangan dari puncak bukit di mana berdirinya Kubu St. John, terutamanya untuk merasai pengalaman menyaksikan sendiri matahari terbenam di kawasan tropika.
Selain itu, yang menarik lagi, sekiranya anda melawat Kubu St. John di sebelah pagi, anda boleh melihat penduduk Melaka menjalankan aktiviti riadah mereka di padang sukan berhampiran kubu tersebut. Salah satu cara terbaik untuk anda memulakan lawatan di Melaka ialah dengan memerhati kumpulan orang ramai yang berlatih senaman T'ai Chi dari kubu Portugis lama ini.

Lokasi: Kubu St. John terletak di luar bandar. Gunakan Jalan Parameswara untuk keluar dari bandar menuju ke Jalan Hujung Pasir. Dari Jalan Hujung Pasir, belok ke kiri memasuki Jalan Bukit Senjuang. Kubu ini terletak di sebelah kiri anda.






Kepada sesiapa yang belum berkesempatan berkunjung Kubu st. John, pastikan anda tidak melepaskan peluang emas ini jika anda menjejakkan kaki di negeri Melaka=)


Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka pada waktu malam


Masjid Selat Melaka pada waktu siang


Peta Lokasi Masjid Selat Melaka


Cantik bukan?? Pertama kali saya melihat masjid ini saya secara peribadinya amat terpegun dengan seni bina masjid ini. Belum pernah saya melihat reka bentuk masjid yang tersergam indah seperti istana. Seperti yang kita sedia maklum, Melaka bukan sahaja terkenal dengan negeri peninggalan sejjarah yang sangat terkenal malah ia juga merupakan sebuah pusat penyebaran dan perkembangan Islam yang terulung di Nusantara. 

Ingin saya kongsikan serba sedikat info tentang Masjid Selat Melaka. Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta.Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid Selat Melaka mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.

Pada masjid ini terdapat pelbagai keunikan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Namun yang paling ketara ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter.  Menara yang menjulang tinggi di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu sebenarnya tidak sekadar menara untuk melaungkan azan ke seluruh alam. Sebaliknya, dengan kedudukan fizikal terletak di pinggiran selat itu maka menara itu mempunyai dwi fungsi sebagai Rumah Api.

Antara ciri-ciri dari sudut senibina:

  • Rekabentuk masjid ini berkonsepkan senibina masjid lama negeri Melaka. 
  • Arch besar yang memaparkan cermin bercorak dan berwarna-warni menghiasi ruang tengah setiap fasad.
  • Kubah yang berwarna keemasan dan dibaluti dengan warna biru bercorak ini diapit oleh 4 buah menara kecil di setiap sudut. 
  • Menara azan/utama menirus kepuncak pada ketinggian 2 kali ganda bangunan utama. 
  • Bangunan khas yang menempatkan tandas serta tempat wuduk lelaki dan wanita dibina berasingan di kiri & kanan laluan masuk ke ruang solat utama & dihubungkan dengan laluan pejalan kaki bertutup. 
  • Masjid ini dibina bertongkahkan cerucuk konkrit tetulang dan mengunjur ke laut.

Antara ciri-ciri reka bentuk dalaman:

  • Kubah utamanya disokong oleh 4 buah tiang konkrit berbentuk silinder bertapak empat segi sama. 
  • Selain dari ruang solat utama di aras bawah, ruang solat tambahan disediakan di aras mezanin untuk menampung lebihan jemaah.
  • Mimbar masjid diperbuat dari kayu yang diukir sederhana kehalusan seninya dan bentuknya seakan-akan menara yang berbumbung & berkubah bawang biru.
  • Dek/serambi tinjau disediakan di sekeliling bangunan utama masjid sebagai tempat berehat sambil menikmati pemandangan indah Selat Melaka. 
Masjid ini sahaja bukan sahaja menarik malah ia juga menjadi tumpuan pelancong dari luar. Masjid ini juga umpama simbol yang mempamerkan keindahan islam. Antara objektif masjid ini di bina adalah untuk menyebarkan dakwah islamiah dan memberi semangat baru kepada umat islam untuk lebih rajin untuk datang menunaikan solat jamaah. Bukan kerana seni bina masjid ini yang menarik membuatkan umat islam untuk berkunjung ke tempat ini semata-mata, malah niat kita untuk beribadah kerana allah S.W.T itulah yang paling utama.

Kuih Badak Tranquerah

video pembuatan badak tranquerah

Mesti ada di antara anda yang pernah dengar akan kuih ini. Ada juga yang baru pertama kali mendengar tentang kuih Traquerah. Saya sendiri buat pertama kali mendengar tentang kuih Tranquerah inin iaitu salah satu kuih traditional negeri Melaka. Nama lain bagi kuih ini di sesetengah tempat di Melaka ialah Epok Sayur.
  
Kuih ini sama juga seperti kuih karipap tetapi yang memberi kelainannya adalah dari segi intinya. Yang paling mearik hati kuih ini dicicah dengan sos yang dibuat sendri yang menggunakan cili yang segar, cuka, sedikit gula dan garam.

Menurut PakRahim resepi Kuih Badak Tranquerah adalah resepi kuih turun menurun dan kuih ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong terutama dari Singapura.

Untuk tempahan anda semua bole berhubung dengan kak Norizan Mohd Yusuf di talian 017-6661953=)

Thursday, July 14, 2011

Coconut Shake Klebang

Coconuts

Coconut shake

Original!

People queuing to get their coconut shake
 
Are you thirsty? You want something to quench your thirst? Well we have a great news to share with you people. Coconut Shake Klebang is one of the famous spot in Malacca as the serve the best coconut shake in town. a mixture of coconut drink and vanilla ice cream might sound weird but so trust us because once you get your first glass, you may ask for the 2nd or the third one.

The coconut shake is made of fresh coconut juice and ice cream and it is located in Klebang. This very small coconut shake stall is built at the road side where many people will stop by and get their favourite coconut shake. The cost of each glass is very cheap which is from RM1.80-Rm2.20. The milky and wonderful taste has make the stall is not only popular to the local, but the tourist as well.

So people, don't be surprised if you see a huge amount of people queuing along the road side just to get the coconut shake. Besides, Coconut Shake Klebang also serves many kinds of drink as well such as fresh sugar-cane juice which will only be processed when the customers demand for it. As the stall is completely full of people, you can also take away the drinks. As simple as that and the taste is definitely the same.

The owner of the stall, Shafie Ahmad, 47, said, he had started this business since 5 years ago and never thought that his small business would be famous. Being humble, Mr Shafie said that he never had any secret recipe for his coconut shake. Just coconut juice, ice cream and there you go.

So what are you waiting for people, go grab your first glass and tell us what you feel (:

Wednesday, July 13, 2011

Bukit Cina

Panoramic view from Bukit Cina

This grave is quite old, you can see it

A view of Bukit China where Chinese from the era of Sultan Mansur Shah are resting



Bukit Cina (China Hill) makes up the largest and oldest Chinese burial ground outside China. The cemetery consists of three hills namely Bukit Cina, Bukit Tempurung (Tempurung Hill) and Bukit Gedung (Gedung Hill). Covering an area of 26ha, the site holds 12,500 graves with many of the tombs dating back to the Ming Dynasty. The hill was the official settlement of the Chinese entourage that arrived with Princess Hang Li Po, the daughter of the Ming Emperor, Yung Lo. 


The princess was sent in 1459 to Melaka by her father to marry the Melaka Sultan, Sultan Mansur Shah, to mark the establishment of diplomatic ties between Melaka and China. The entourage stayed in this settlement until the Portuguese arrived in 1511. During the Portuguese occupation, a Franciscan monastery and a chapel dedicated to Madre de Deus (Mother of God) was built on top of this hill.

However, in 1629, the Achenese destroyed the building when they attacked the Dutch. Bukit Cina was later owned by the Dutch Government until it was bought over by the Cheng Hoon Teng's founder, Kapitan Cina Lee Wei King. He then donated the hill to the Chinese of Melaka for use as their burial ground.

Monday, July 11, 2011

Masjid Tengkera

Keadaan di dalam masjid

Masjid Tengkera

Menara Masjid


Masjid Tengkera adalah masjid yang kedua tertua di negeri Melaka. Masjid ini dibina pada tahun 1728 bersamaan dengan 1141 Hijrah. Masjid ini dibina semasa zaman pemerintahan Belanda dan terletak di Tengkera iaitu di daerah Melaka Tengah. masjid ini merupakan masjid kedua tertua di Malaysia selepas Masjid  Kampung Hulu yang juga berada di Melaka.

Masjid ini asalnya diperbuat daripada kayu dan atapnya pula daripada daun nipah. Tiangnya daripada kayu belian yang diimport khas dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1890 dan 1910. Masjid Tengkera ini juga menggabungkan senibina China dan Islam dan mempunyai persaamaan dengan Masjid Demak di Jawa, Indonesia. Masjid Tengkera telah membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun dahulu.

Masjid ini juga berbentuk segi empat tepat dengan bumbung tiga tangkup. Bumbung masjid ini menggabungkan bentuk bumbung rumah limas, istana Sultan Mansur, bentuk pagoda dan bentuk piramid. Masjid ini sangat unik dan mempunyai seni bina yang sangat halus, tidak kira sama ada tingkap, dinding, mimbar, tangga, menara dan pintu gerbangnya.

Berdekatan masjid ini terdapat makan Sultan Hussein Muhamad  Shah iaitu Sultan Johor yang telah menyerahkan dan mengiktirafkan perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles. Kini, masjid ini berada di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negeri Melaka.

Kampung Morten

Selamat Datang ke Kampung Morten


Kawasan sekeliling Kampung Morten - Kosmo

Kampung Morten Pada Waktu Malam



Perkampungan berkonsepkan urban yang terletak di tengah-tengah merupakan perkara biasa yang kita sering lihat sekarang. Contohnya Kampung Baru yang terletak di tegah-tengah kota raya Kuala Lumpur merupakan contoh perkampungan Melayu yang terletak di bandaraya. Namun begitu, Kampung Morten sememangnya mempunyai keunikannya yang tersendiri.

 Kampung Morten merupakan satu-satunya perkampungan Melayu yang terletak di bandar Melaka. Uniknya perkampungan ini kerana penduduk disini masih mengekalkan bentuk rumah tradisional mereka selain memastikan keadaan sekeliling dijaga dengan rapi. Rumah-rumah di kampung ini juga telah diwarisi sejak turun temurun dan seni binanya telah dijaga dengan baik dan dikekalkan sehingga ke hari ini. Selain itu, perkampungan ini juga menjadi tumpuan ramai kerana ianya juga dikenali sebagai Muzium Hidup.

Kampung Morten bermula sebagai perkampungan Melayu pada awal tahun 1920-an dan nama Morten ini ialah sempena nama Joseph Frederick  Morten, seorang Pesuruhjaya Tanah di Melaka ketika itu. Selama bertahun-tahun, Kampung Morten telah menjadi perkampungan yang telah berjaya menarik perhatian ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Terletak di sepanjang Sungai Melaka yang banyak sejarahnya, Kampung Morten sememangya tempat yang wajib anda kunjungi dan nikmati keindahan kampung tersebut.

Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah banyak mempromosikan kampung ini dan turut menawarkan pakej home stay bagi mereka yang ingin merasai pengalaman tinggal di rumah tradisional Melayu yang telah dibina sejak 190-an. Percayalah, ini merupakan pengalaman terbaik yang tidak mungkin anda lupakan(: