Pages

Friday, July 8, 2011

Menara Taming Sari

Mesti ada di antara pembaca ruangan blog ini yang pernah mendengar nama tempat Menara Taming Sari dan mungkin juga ada antara pembaca yang janggal akan nama tempat ini. Ingin saya kongsikan kepada anda semua, Menara taming Sari adalah salah sebuah tempat menarik di Melaka yang harus anda pergi.


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar HilirMelaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.

Jika anda semua mempunyai masa lapang, datanglah ke Menara taming Sari, Melaka. Lokasi ini juga adalah salah satu tempat yang sesuai untuk bersuka ria bersama keluarga mahupun kawan-kawan=)

 Menara Taming Sari pada waktu malam



Menara Taming Sari pada waktu siang





Resepi Chen Chuan Ala Nyonya Melaka

Kepada suri rumah, anda mesti menghadapi masalah memikirkan resepi apa yang hendak di masak hari ini kan?
Jangan risau. Saya di sini amat lah berbesar hati berkongsi dengan anda semua tentang satu resepi ini yang ala Nyonya Melaka. Resipinya adalah Chen Chuan Ala Nyonya Melaka.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • 2 Ikan caru sederhana besar dibuang kulit yg keras dan dilumur dengan garam dan kunyitGoreng basah kering
  • 2 labu bawang besar  (di hiris halus)
  • 7 ulas bawang putih   (di hiris halus)          
  • 5 tangkai cili padi      (di hiris halus)
  • Halia sebesar ibu jari  (di hiris halus)
  • 3 biji buah tomato dipotong baji
  • 1/2 mangkuk cuka putih
Cara membuat :
  • Tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi
  • Masukkan bahan hiris yg lain
  • Masukkan cuka dan garam serta gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan tomato dan kacau 
  • Akhir sekali masukkan ikan yg telah digoreng

Inilah hasilnya=)

Chen Chuan Ala Nyonya Melaka


SELAMAT MENCUBA

Perigi Hang Li Poh

Di sekitar kawan Perigi Hang Li Poh

Perigi Hang Li Poh

Jln Puteri Hang Li Poh



Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansur Shah untuk isteri baginda, seorang puteri dari negara China. Baginda Sultan mengarahkan perigi ini dibina bagi kegunaan harian isterinya dan tidak pernah kering walaupun pada masa kemarau panjang. Menurut lagena, sesiapa sahaja yang meminum air dari perigi ini akan kembali semula ke negeri Melaka yang asal. Perigi ini juga menjadi tempat meminta hajat bagi sesetengah pengunjung dengan melontarkan wang syiling bagi mendapatkan hajat yang mereka inginkan. Mereka juga percaya dengan melontar syiling mereka akan kembali semula ke negeri Melaka pada zaman silam.

Pada tahun 1551, pahlawan-pahlawan Johor telah meracun air di perigi ini dengan tujuan untuk membunuh tentera Portugis. Akibat racun tersebut, ramai tentera Portugis telah terkorban kerana meminum airnya. Pada thaun 1606, tentera Belanda telah meracun air perigi tersebut diikuti dengan tentera Acheh pada 1602. Tujuan mereka adalah sama iaitu membunuh musuh secara sulit.

Apabila Belanda berjaya menakluki Melaka, mereka mula sedar akan kepentingan perigi Hang Li Poh ini. pihak Belanda mula membina tembok dan kota-kota kecil disekeliling prigi itu, lengkap dengan meriam dan rumah penjaga. Tujuannya adalah untuk memelihara keselamatan perigi tersebut. Walaubagaimanapun, perigi ini telah menjadi terbiar semasa pemerintahan British dan tembok di sekelilingnya telah pun runtuh. Perigi ini terletak di Jalan Hang Li Poh


p/s: Sekiranya anda ingin melihat perigi ini dengan lebih dekat, anda boleh datang melawat ke Melaka dan melawat banyak lagi tempat tempat menarik di sini(:

Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka

MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya merupakan kumpulan komuniti yang tinggal di negeri Melaka. Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian dari kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu.
Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.
Zaman terus berlalu, jumlah masyarakat Baba Nyonya kini semakin berkurangan. Lebih ironik apabila generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini kebanyakannya semakin meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka. Impaknya, budaya baba Nyonya semakin pupus dan generasi baru pun ada yang tidak tahu menahu    tentang budaya budaya yang unik ini.
Tahukah anda semua, apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan kepada anda semua, berikutan budaya ini, kebaya nyonya mula wujud. Kebaya Nyonya ini adalah pakaian tradisional untuk kaum hawa budaya Baba Nyonya ini.
Kebaya Nyonya

Selain itu, masakan Baba Nyonya juga terkenal dan digemari ramai sehingga hari ini. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.
Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.
Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh,dan bak-wan 
Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.
Nasi Kunyit

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.
Itulah yang dimaksudkan keharmonian dalam masyarakat-masyarakat di Malaysia. Keunikan negara kita yang sangat terkenal sebangai sebuah negara yang berbilang bangsa sudah terbukti di mana masyarakat Malaysia boleh bergaul dan menyesuaikan diri dengan pelbagai budaya dan adat.