Pages

Monday, July 11, 2011

Kampung Morten

Selamat Datang ke Kampung Morten


Kawasan sekeliling Kampung Morten - Kosmo

Kampung Morten Pada Waktu Malam



Perkampungan berkonsepkan urban yang terletak di tengah-tengah merupakan perkara biasa yang kita sering lihat sekarang. Contohnya Kampung Baru yang terletak di tegah-tengah kota raya Kuala Lumpur merupakan contoh perkampungan Melayu yang terletak di bandaraya. Namun begitu, Kampung Morten sememangnya mempunyai keunikannya yang tersendiri.

 Kampung Morten merupakan satu-satunya perkampungan Melayu yang terletak di bandar Melaka. Uniknya perkampungan ini kerana penduduk disini masih mengekalkan bentuk rumah tradisional mereka selain memastikan keadaan sekeliling dijaga dengan rapi. Rumah-rumah di kampung ini juga telah diwarisi sejak turun temurun dan seni binanya telah dijaga dengan baik dan dikekalkan sehingga ke hari ini. Selain itu, perkampungan ini juga menjadi tumpuan ramai kerana ianya juga dikenali sebagai Muzium Hidup.

Kampung Morten bermula sebagai perkampungan Melayu pada awal tahun 1920-an dan nama Morten ini ialah sempena nama Joseph Frederick  Morten, seorang Pesuruhjaya Tanah di Melaka ketika itu. Selama bertahun-tahun, Kampung Morten telah menjadi perkampungan yang telah berjaya menarik perhatian ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Terletak di sepanjang Sungai Melaka yang banyak sejarahnya, Kampung Morten sememangya tempat yang wajib anda kunjungi dan nikmati keindahan kampung tersebut.

Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah banyak mempromosikan kampung ini dan turut menawarkan pakej home stay bagi mereka yang ingin merasai pengalaman tinggal di rumah tradisional Melayu yang telah dibina sejak 190-an. Percayalah, ini merupakan pengalaman terbaik yang tidak mungkin anda lupakan(:

0 comments:

Post a Comment