Pages

Saturday, July 16, 2011

Kubu st. John







Kubu St. John

Selain Kota A famosa, Menara Taming Sari, Kubu st. John juga menjadi pilihan pelancong atau pun rakyat tempatan kita sendiri untuk dikunjungi. Selain daripada salah satu daripada peninggalan sejarah, Kubu ini juga mempunyai landskap yang sangat menarik.
Kubu St. John yang telah dibina semula oleh pihak Belanda dalam abad ke-18, suatu masa dahulu merupakan gereja kecil milik persendirian orang Portugis bagi memperingati Baptis St. John.
Kubu ini mempunyai suatu ciri yang menarik iaitu meriam-meriamnya menghadap ke daratan memandangkan pada satu ketika dahulu, serangan luar ke atas Melaka kebiasaannya datang dari daerah pedalaman berbanding dari laut. 
Tarikan lain untuk orang ramai ialah pemandangan dari puncak bukit di mana berdirinya Kubu St. John, terutamanya untuk merasai pengalaman menyaksikan sendiri matahari terbenam di kawasan tropika.
Selain itu, yang menarik lagi, sekiranya anda melawat Kubu St. John di sebelah pagi, anda boleh melihat penduduk Melaka menjalankan aktiviti riadah mereka di padang sukan berhampiran kubu tersebut. Salah satu cara terbaik untuk anda memulakan lawatan di Melaka ialah dengan memerhati kumpulan orang ramai yang berlatih senaman T'ai Chi dari kubu Portugis lama ini.

Lokasi: Kubu St. John terletak di luar bandar. Gunakan Jalan Parameswara untuk keluar dari bandar menuju ke Jalan Hujung Pasir. Dari Jalan Hujung Pasir, belok ke kiri memasuki Jalan Bukit Senjuang. Kubu ini terletak di sebelah kiri anda.






Kepada sesiapa yang belum berkesempatan berkunjung Kubu st. John, pastikan anda tidak melepaskan peluang emas ini jika anda menjejakkan kaki di negeri Melaka=)


0 comments:

Post a Comment