MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya merupakan kumpulan komuniti yang tinggal di negeri Melaka. Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian dari kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu.
Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.
Zaman terus berlalu, jumlah masyarakat Baba Nyonya kini semakin berkurangan. Lebih ironik apabila generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini kebanyakannya semakin meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka. Impaknya, budaya baba Nyonya semakin pupus dan generasi baru pun ada yang tidak tahu menahu tentang budaya budaya yang unik ini.
Tahukah anda semua, apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan kepada anda semua, berikutan budaya ini, kebaya nyonya mula wujud. Kebaya Nyonya ini adalah pakaian tradisional untuk kaum hawa budaya Baba Nyonya ini.
Kebaya Nyonya |
Selain itu, masakan Baba Nyonya juga terkenal dan digemari ramai sehingga hari ini. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.
Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.
Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh,dan bak-wan
Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.
Nasi Kunyit |
Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.
Itulah yang dimaksudkan keharmonian dalam masyarakat-masyarakat di Malaysia. Keunikan negara kita yang sangat terkenal sebangai sebuah negara yang berbilang bangsa sudah terbukti di mana masyarakat Malaysia boleh bergaul dan menyesuaikan diri dengan pelbagai budaya dan adat.
0 comments:
Post a Comment