Pages

Monday, July 11, 2011

Masjid Tengkera

Keadaan di dalam masjid

Masjid Tengkera

Menara Masjid


Masjid Tengkera adalah masjid yang kedua tertua di negeri Melaka. Masjid ini dibina pada tahun 1728 bersamaan dengan 1141 Hijrah. Masjid ini dibina semasa zaman pemerintahan Belanda dan terletak di Tengkera iaitu di daerah Melaka Tengah. masjid ini merupakan masjid kedua tertua di Malaysia selepas Masjid  Kampung Hulu yang juga berada di Melaka.

Masjid ini asalnya diperbuat daripada kayu dan atapnya pula daripada daun nipah. Tiangnya daripada kayu belian yang diimport khas dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1890 dan 1910. Masjid Tengkera ini juga menggabungkan senibina China dan Islam dan mempunyai persaamaan dengan Masjid Demak di Jawa, Indonesia. Masjid Tengkera telah membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun dahulu.

Masjid ini juga berbentuk segi empat tepat dengan bumbung tiga tangkup. Bumbung masjid ini menggabungkan bentuk bumbung rumah limas, istana Sultan Mansur, bentuk pagoda dan bentuk piramid. Masjid ini sangat unik dan mempunyai seni bina yang sangat halus, tidak kira sama ada tingkap, dinding, mimbar, tangga, menara dan pintu gerbangnya.

Berdekatan masjid ini terdapat makan Sultan Hussein Muhamad  Shah iaitu Sultan Johor yang telah menyerahkan dan mengiktirafkan perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles. Kini, masjid ini berada di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negeri Melaka.

0 comments:

Post a Comment