Pages

Friday, July 8, 2011

Perigi Hang Li Poh

Di sekitar kawan Perigi Hang Li Poh

Perigi Hang Li Poh

Jln Puteri Hang Li Poh



Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansur Shah untuk isteri baginda, seorang puteri dari negara China. Baginda Sultan mengarahkan perigi ini dibina bagi kegunaan harian isterinya dan tidak pernah kering walaupun pada masa kemarau panjang. Menurut lagena, sesiapa sahaja yang meminum air dari perigi ini akan kembali semula ke negeri Melaka yang asal. Perigi ini juga menjadi tempat meminta hajat bagi sesetengah pengunjung dengan melontarkan wang syiling bagi mendapatkan hajat yang mereka inginkan. Mereka juga percaya dengan melontar syiling mereka akan kembali semula ke negeri Melaka pada zaman silam.

Pada tahun 1551, pahlawan-pahlawan Johor telah meracun air di perigi ini dengan tujuan untuk membunuh tentera Portugis. Akibat racun tersebut, ramai tentera Portugis telah terkorban kerana meminum airnya. Pada thaun 1606, tentera Belanda telah meracun air perigi tersebut diikuti dengan tentera Acheh pada 1602. Tujuan mereka adalah sama iaitu membunuh musuh secara sulit.

Apabila Belanda berjaya menakluki Melaka, mereka mula sedar akan kepentingan perigi Hang Li Poh ini. pihak Belanda mula membina tembok dan kota-kota kecil disekeliling prigi itu, lengkap dengan meriam dan rumah penjaga. Tujuannya adalah untuk memelihara keselamatan perigi tersebut. Walaubagaimanapun, perigi ini telah menjadi terbiar semasa pemerintahan British dan tembok di sekelilingnya telah pun runtuh. Perigi ini terletak di Jalan Hang Li Poh


p/s: Sekiranya anda ingin melihat perigi ini dengan lebih dekat, anda boleh datang melawat ke Melaka dan melawat banyak lagi tempat tempat menarik di sini(:

0 comments:

Post a Comment