Pages

Friday, July 8, 2011

Menara Taming Sari

Mesti ada di antara pembaca ruangan blog ini yang pernah mendengar nama tempat Menara Taming Sari dan mungkin juga ada antara pembaca yang janggal akan nama tempat ini. Ingin saya kongsikan kepada anda semua, Menara taming Sari adalah salah sebuah tempat menarik di Melaka yang harus anda pergi.


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar HilirMelaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.

Jika anda semua mempunyai masa lapang, datanglah ke Menara taming Sari, Melaka. Lokasi ini juga adalah salah satu tempat yang sesuai untuk bersuka ria bersama keluarga mahupun kawan-kawan=)

 Menara Taming Sari pada waktu malam



Menara Taming Sari pada waktu siang





0 comments:

Post a Comment