Pages

Friday, July 8, 2011

MUZIUM SAMUDERA, MELAKA


Halaman depan Muzium Samudera



                                        
Visual penuh Muzium Samudera


Pernahkah anda melawat negeri Melaka dan singgah di Muzium Samudera? Bagi yang tidak berkesempatan melawat atau pergi ke Muzium Samudera, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke sana selepas membaca serba sedikit info tentang Muzium Samedera.

Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Ia dibina berdasarkan replika Kapal Portugis yang berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Untuk pengetahuan anda semua, Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibin pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad kita pada 13 Jun 1994.


Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglahsegalanya.

Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan  Melayu  Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritime dan perdangan di Melaka.

Selain itu, objektif penubuhan Muzium Samudera adalah untuk menggambarkan tentang peranan Melaka sebagai pusat perdagangan masa lampau dan perkembangan kegiatan maritim semenjak Tanah Melayu ditemui dan kemajuannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Bayaran masuk
Dewasa: RM 3.00
Bayaran masuk :
Kanak-kanak/Pelajar:RM 1.00

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis 9.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad 9.00 pagi - 9.00 malam
Tutup: Hari Raya Pertama Aidil Fitri dan Aidil Adha


0 comments:

Post a Comment