Pages

Friday, July 8, 2011

Kota A Famosa

Kota A Famosa pastinya adalah salah satu tmpat yang patut di lawati setiap pengunjung yang datang ke Melaka. Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Selepas penawanan Portugis A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). 

Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.












Antara ciri-ciri Kota A Famosa :
  • berbentuk hampir 4 segi
  • mempunyai tembuk batu setinggi 3.6 meter dan setebal 2.4 meter disekelilingnya.
  • terdapat 4 pintu masuk
  • Pintu utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai
  • mempunyai 8 buah menara kawalan setinggi 18-24 meter dan tebal temboknya 2.4 meter.

Kepada yang berkesempatan untuk datang ke Melaka, jangan lepaskan peluang anda untuk melawat Kota A Famosa ini=)


0 comments:

Post a Comment