Pages

Friday, July 8, 2011

Resepi Kuih Tradisional Melaka (onde-onde)

Kuih onde-onde

Kuih onde-onde aneka warna






Anda lapar?? pasti anda semua teringat akan hidangan yang enak-enak untuk dijadikan santapan anda terutama hidangan minum petang. Kepada para suri rumah tangga terutamanya yang sering memikirkan hidangan apa yang sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga, pastinya ruangan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Pernahkah anda dengar kuih onde-onde atau nama lain kuih buah melaka. untuk pengetahuan semua kuih ini adalahg salah satu daripada kuih tradisional melaka. Rasanya yang manis dan menarik mampu membuka selera kita.

Dengan hanya berintikan gula melaka yang dicairkan, kuiih ini juga adalah hidangan yang mudah dan cepat untuk disediakan.

Di sini saya akan kongsikan resepi untuk membuat kuih buah melaka ini :

ONDE-ONDE atau BUAH MELAKA 

Bahan-Bahan: 

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara: 
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.




Mudah kan??jangan lupa mencuba resepi ini di rumah. SELAMAT MENCUBA=)



0 comments:

Post a Comment