Melaka telah menjadi tempat persinggahan para pedagang sejak ratusan tahun lagi. Walaupun telah dijajah oleh Portugis dan Belanda, mereka telah meninggalkan banyak kesan kepada negeri Melaka, khususnya dari segi penduduk negeri Melaka. Maka, lahirlah Perkampungan Portugis.
Wang syiling zaman Portugis
Perkampungan Portugis
Tarian Portugis
Pesta Intrudu @ Pesta Air
Perkampungan Portugis atau Portugis Settlement terletak di kawasan lebih kurang 5kn dari Ujong Pasir lebih kurang 5km dari bandar Melaka. Pengunjung yang datang dari pusat Bandar Melaka, Banda Hilir atau Muara Sungai Melaka melalui Jalan Parameswara, Jalan Bukit China boleh sampai ke perkampungan ini dengan menaiki basikal, kereta atau beca.
Perkampungan Portugis ini terletak di tepi pantai yang menjadi tempat hidupan marin sebagai kerang, udang dan ikan mengikut musim. Keadaan geografi ini telah menarik kaum ini menetap di sini dan telah menjadikan laut sebagai sumber pendapatan mereka dan persekitaran di tempat tinggal mereka ini juga amat nyaman dan tententeram dengan tiupan angin pantai.
Masyarakat Portugis telah sampai di Melaka sekitar tahun 1511 selepas pihak Portugis menawan Melaka.Perkampungan ini mempunyai lebih kurang 2000 penduduk sekarang berbangsa portugis dan ramai memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri Melaka telah mengeluarkan geran tapak kepada penduduk di sini. Aktiviti sosial mereka adalah pada hari Ahad di sekitar Gereja
Hampir keseluruhan kaum ini beragama Kristian dan terdapat beberapa keluarga yang telah kahwin campur dengan kaum Cina dan memeluk agama Buddha. Ada yang telah masuk Islam dan berkahwin dengan wantia Melayu. Jalan-jalan yang terdapat di sini adalah Albuquerque Avenue, Sequeira AvenueEredia Avenue, Ruas Avenue yang berunsurkan nama-nama dan Bahasa Portugis sendiri. Perkataan Avenue sekarang telah ditukarkan kepada Jalan . Selain itu, terdapat juga Canossa College, yang sekar Sek.ang ini telah ditukar kepada Sek.Men. Canossa
Nama-nama pelayar Portugis seperti Diogo Lopes de Squeira, Vasco de Gama, Alfonso de Albuquerque, Bairro Irmas Cnossianas, Castello de Paiva, Antonio de Almedida, Caminho de Letores, Gerard de Fernandis kebanyakkan berunsur Amerika Latin dan orang-orang Portugis juga merupakan antara manusia terawal yang sampai Tanah Melayu(Melaka) dengan moto mereka GOSPEL, GOLD. GLORY.
Asalnya mereka adalah nelayan bergantung pada laut untuk mencari rezeki. Ramai anak-cucu mereka tidak lagi mengikut jejak langkah nenek moyang sebagai nelayan, tetapi telah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan di sektor swasta dan pejabat kerajaan. Perkampungan mereka telah menjadi tarikan pelancong kerana mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dengan lagu dan tarian mereka. Mereka juga mempunyai bahasa sendiri, Christang (Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri. Lagu Jingli Nona yang terkenal adalah dalam bahasa Portugis
Memandangkan sumbangan mereka kepada pembangunan industri pelancongan, masyarakat Portugis telah dibenarkan membeli Amanah Saham Nasional oleh Kerajaan Pusat.Ketua Kampung mereka di gelar REGEDOR, wakil komuniti kepada Kerajaan MelakaDi sebelah pejabat Regedor terdapat Medan Portugis(Praca Portuguesa) , yang mempunyai kedai-kedai yang menjual cenderahati dan kraftangan buatan kaum nelayan.Masih ramai lagi yang meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai hobi atau untuk menambahkan pendapatan.
0 comments:
Post a Comment